Shaudin itulah nama yang diberikan oleh ibubapa saya setelah
saya dilahirkan pada 49 tahun yang lalu di sebuah kampung di daerah parit, negeri perak. Bapa saya ialah penoreh getah
dan bertani untuk menyara hidup kami sekeluarga yang mengandungi seramai tujuh orang anak. Empat lelaki dan tiga perempuan.
Saya ialah anak yang sulung. Bersekolah sehingga tamat sekolah menengah dan mendapat kelulusan sijil pelajaran malaysia.
Dengan berbekalkan sijil tersebut, saya telah ditawarkan pekerjaan di salah sebuah jabatan kerajaan sebagai juruteknik. Sejak
itu saya telah bertugas di situ sehinggalah saya bersara pada 1hb Nov 2001 secara sukarela.
|